Saturday, June 2, 2012

Mukadimah

Azam dari tahun 2009 untuk berjaya di dalam forex masih membara, menyala sehingga kini. Tak pernah padam, malap atau pudar. Beribu $dollar, berpuluh ribu MYR dah habis tapi forex masih aku x dapat tawan . Dimana salahnya, dimana pintu cahaya nya? ya ALLAH, berikan aku hidayahMU, berikan aku sedikit ilmu pengetahuan Mu padaku . Biar berkali, beratus beribu halangan yang datang, yang menyerang, aku kan pekak kan telinga sehingga aku berjaya, dan tau AKU BOLEH BERJAYA dalam FOREX .

Puhhh , memang susah nak senang, FOREX betul2 menguji kesabaran aku. Beribu jam mengadap chart tapi x tau apa yg aku tengok . Candlestick yang sepatutnya memberi aku signal yang membantu aku bagi entry tapi...........aku x berdaya x yakin pada candlestick alone.

Jutaan terima kasih pada Zack ( Zakaria  ) kerana mengenalkan aku pada forex, walau x byk ilmu yang diberikan, tapi dia lah yg membuka mata aku pada Forex . Dan dia lah yg mengajar aku pada ROBOT - robot Ching . Dengan $5 , dlm 2 hari jadi $25 dlm seminggu jadi $100 ,tapi dalam sebulan hancur semuanya apa ekonomi Greece jatuh merudum. Pelajarannya..... jangan percaya pada ROBOT . Mungkin boleh percaya pada ROBOT tapi masa , keadaan kena di kaji.

Berbanyak billion terima kasih pada sifu ku , Hanif Mansor yg x pernah jemu mengajar aku, yg sentiasa menjawab soalan aku, walaupun  soalan bodoh2. Dari pelajaran pertama di IKEA , Damansara - candlestick lesson , Higher High Lower High Lower High Lower Low , MACD , Stochastic ,Moving Average sampai aku muntah depan notebook sebab tengok candle, sebab tekanan 5min, 15 min mencari entry, X akan aku lupakan betapa susahnya la untuk mendapat ilmu, nasib sifu sedia mengajar tanpa bayaran, teh tarik dan nilai persahabatan, itu harganya. Itu belum lagi Elliot Wave, Fibonacci

Ditemani Allen kawan dimasa senang dimasa susah, aku akan layarkan FOREX hingga berjaya. Takkan aku lupakan jasanya membantu aku dimasa tekanan kehidupan aku melanda, dimasa anak-anak x ada susu, x ada makanan dirumah dia lah yg byk membantu . Sama-sama ribu riban dah habis......sama2 la kita mencari kejayaan di dalam FOREX .

Beraktiviti di Idaman Apartment di Damamsara Damai, kami mencari kebahgiaan duniawi dan akhirat. Amin. Semoga journal aku ini akan menyedarkan aku dan rakan2 diluar sana kesilapan yg sama x akan berulang. Dan semoga aku mendapat pedoman untuk mengejar kejayaan didalam FOREX diluar sana .

mulai 4/6/2012 aku akan paste kan chart aku untuk pedoman aku semoga aku boleh belajar sesuatu.....

AMIN YA RABBALALAMIN.


wan

1 comment:

  1. Hello Everybody,

    Below is a list of the most recommended FOREX brokers:
    1. #1 Forex Broker
    2. eToro - $50 minimum deposit.

    Here is a list of the best forex instruments:
    1. ForexTrendy - Recommended Odds Software.
    2. EA Builder - Custom Indicators Autotrading.
    3. Fast FX Profit - Secret Forex Strategy.

    I hope you find these lists helpful...

    ReplyDelete